Posts

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN (KPS3014)

Image
AHLI KUMPULAN 8  1. NAMA: NUR AFIFAH BINTI ROSLI NO MATRIK: D20191088167 KOS: ISMP (ERT) DENGAN KEPUJIAN  2. NAMA : NUR ADDIANY AKASHA BT JUNAIDI   NO MATRIK: D20191089004 KOS: ISMP ( SENI ) DENGAN KEPUJIAN 3. NAMA : NURUL ANIS ALMA BT AHMAD NO MATRIK :D20191089081 KOS: ISMP (SEJARAH)  DENGAN KEPUJIAN 3. NAMA: NUR ATIKAH BINTI HARON NO MATRIK : D20191089121 KOS: ISMP (GEOGRAFI) DENGAN KEPUJIAN 4. NAMA : NOR HIDAYAH BINTI MAT HASAN  NO MATRIK: D20191088942 KOS : ISMP (SENI) DENGAN KEPUJIAN 

8.0 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

PENGENALAN TOPIK  Seorang guru perlu mempunyai sistem pengurusan tingkah laku yang dapat mengawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Guru juga perlu menunjukkan tingkah laku yang positif dan dapat menghentikan tingkah laku yang negatif dan bebas gangguan sewaktu di dalam kelas. Menurut tokoh apa itu tingkah laku. Garry Martin dan Joseph Pear (2003) Tingkah laku merupakan aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-oto kelenjar dan aktiviti eletrik oleh setiap organ. Carl Rogers (1999) Menekankan bahawa seseorang individu bertingkahlaku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Al-Ghazali Mengatakan bahawa tingkahlaku adalah menusia yang mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berl...

8.1 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

  NUR AFIFAH BINTI ROSLI D20191088167 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 8.1.1 DEFINISI TINGKAH LAKU  Tingkah laku merupakan sesuatu perbuatan atau apa yang diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga merupakan satu tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai serta sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. 8.1.2 FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU Antara yang menyebabkan masalah tingkahlaku menurut (Saayah Abu 2008) adalah: Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah yang tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Persekitaran sekolah seperti kurikulum erlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Keadaan fizikal yang sekolah yang padat, panas, bising yang menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif 8.1.3 JENIS TINGKAH LAKU  1) Tingkah laku bermasalah positif  tingkah laku ingin ...

8.2 TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU

NUR ADDIANY AKASHA BINTI JUNAIDI  D20191089004  UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 8.2.1 DEFINISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU  Pengurusan tingkah laku boleh dimaksudkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Guru juga perlu menunjukkan tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatuf dari bebas gangguan. 8.2.2 TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU  1. PENGUKURAN PERSONAL  Pengukuran ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pendekatan fizikal  kaedah ini dilaksanakan dengan guru mendekati murid yang mempunyai masalah tingkah laku.  kaedah ini adalah menggunakan mobiliti fizikal iaitu dengan berjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi, atau mengelilingi kelas sambil membuat pengawasan.  Eksperisi wajah atau pandangan g...

8.3 PERATURAN DISIPLIN MURID

NURUL ANIS ALMA BT AHMAD D20191089081 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 8.3.1 PENGENALAN Peraturan didefinisikan sebagai undang- undang yang ditetapkan demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan aktviti- aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat. Begitu juga dengan peraturan sekolah merupakan satu bentuk undang- undang yang dipersetujui oleh seluruh warga sekolah untuk mengawal disiplin dan tingkah laku komuniti yang berada di dalamnya. Menurut Abdullah Sani (2005), disiplin bermaksud satu bentuk latihan bagi mengembangkan lagi potensi individu dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial agar menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berguna kepada masyarakat. Pendidikan berfungsi untuk membentuk murid- murid menjadi warganegara yang baik dan berguna. Jadi, guru berperanan penting bagi memastikan murid- murid mematuhi sekolah yang telah ditetapkan. Peranan seorang guru dalam mengawal disiplin murid jelas disebut dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang me...

8.4 PELAKSANAAN PERATURAN DAN DISIPLIN MURID

NUR ATIKAH BINTI HARON D20191089121 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 8.4.1 DEFINISI PERATURAN DAN DISIPLIN MURID Peraturan didefinisikan sebagai suatu tatacara yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk menertibkan dan menyelaraskan mengikut keperluan sesuatu pihak tersebut. Peraturan ini juga berguna untuk perkembangan mental dan psikologi bagi yang mengikutinya untuk membentuk keperibadian yang baik. Manakala peraturan sekolah pula adalah peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk mengawal disiplin dan tingkah laku dalam proses pembelajaran di sekolah. Definisi disiplin yang ditakrif oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 adalah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan ...

8.5 PENGURUSAN DEVIAN DAN TINGKAH LAKU

NOR HIDAYAH BINTI MAT HASAN D20191088942 (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS) DEFINISI SALAH LAKU DEVIAN Menurut Kamus Dewan (2003), tingkah laku devian didefinisikan sebagai perlakuan yang menyimpang atau melencong. Azizi et al. (2005) Menyatakan bahawa tingkah laku devian membawa maksud tingkah laku yang melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Ianya juga ditakrifkan sebagai sebarang tingkah laku yang tidak memenuhi norma-norma sosial sesuatu kumpulan atau masyarakat (Rohana, 1996). Albert Cohen (Azizi et al., 2005) mentakrifkan tingkah laku devian sebagai kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu Jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial. 8.5.1 FAKTOR PENYEBAB TINGKAH LAKU DEVIAN Konsep kendiri yang rendah di mana remaja ini melihat diri mereka dari perspektif yang negatif, penghargaan kendiri yang rendah, tidak mempunyai matlamat tertentu dalam kehidupan dan kurang memikirkan tentang sumbangan mereka ...