8.1 PENGURUSAN TINGKAH LAKU
NUR AFIFAH BINTI ROSLI
D20191088167
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
8.1.1 DEFINISI TINGKAH LAKU
Tingkah laku merupakan sesuatu perbuatan atau apa yang
diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga merupakan satu tindakan
manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai serta sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
8.1.2 FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU
Antara yang menyebabkan masalah tingkahlaku menurut (Saayah
Abu 2008) adalah:
- Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah yang tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.
- Persekitaran sekolah seperti kurikulum erlalu padat dan berfokus pada peperiksaan.
- Keadaan fizikal yang sekolah yang padat, panas, bising yang menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif
8.1.3 JENIS TINGKAH LAKU
1) Tingkah laku bermasalah positif
- tingkah laku ingin tahu : sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat.
- tingkah laku pintar cerdas : sentiasa cepat belajar dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir
- tingkah laku produktif : sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain.
- tingkah laku yang menghalang (bergantung) iaitu tingkah laku yang membahayakan diri
- tingkah laku yang mengganggu iaitu tingkahlaku yang membahayakan orang lain
- tingkah laku antisosial iaitu tingkah laku yang membahayakan sekolah dan masyarakat.
Comments
Post a Comment