8.5 PENGURUSAN DEVIAN DAN TINGKAH LAKU
NOR HIDAYAH BINTI MAT HASAN
D20191088942
(UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)
DEFINISI SALAH LAKU DEVIAN
Menurut Kamus Dewan (2003), tingkah laku devian
didefinisikan sebagai perlakuan yang menyimpang atau melencong. Azizi et al.
(2005) Menyatakan bahawa tingkah laku devian membawa maksud tingkah laku yang
melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Ianya juga ditakrifkan sebagai
sebarang tingkah laku yang tidak memenuhi norma-norma sosial sesuatu kumpulan
atau masyarakat (Rohana, 1996). Albert Cohen (Azizi et al., 2005) mentakrifkan
tingkah laku devian sebagai kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan,
iaitu Jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem
sosial.
8.5.1 FAKTOR PENYEBAB TINGKAH LAKU DEVIAN
- Konsep kendiri yang rendah di mana remaja ini melihat diri mereka dari perspektif yang negatif, penghargaan kendiri yang rendah, tidak mempunyai matlamat tertentu dalam kehidupan dan kurang memikirkan tentang sumbangan mereka kepada masyarakat (Byrne, et al., 1981).
- Faktor psikologi yang menyumbang kepada tingkah laku delinkuen ialah apabila wujudnya emosi yang tidak gembira hasil dari faktor persekitaran seperti hubungan kekeluargaan yang longgar, keluarga berpecah dan kurang perhatian daripada keluarga atau ibubapa.
- Konflik dalam keluarga juga boleh menjadi faktor penyebab ketidakstabilan emosi yang boleh membawa kepada tingkah laku devian.
- Kajian oleh Loeber (1986) dan Rowe (1992) mendapati bahawa kebanyakan remaja yang terlibat dalam tingkah laku devian sejak usia kanak-kanak mempunyai ahli keluarga atau ibu bapa yang juga pernah bertingkah laku sedemikian.
- Ibu bapa, sebagai pengurus dan pentadbir dalam sesebuah keluarga merupakan model utama yang diikuti oleh anak-anak.
- Kajian oleh Patterson (1989) dan Dishion, et.al., (1991) mendapati bahawa pengaruh keluarga dan rakan sebaya saling berkaitan dalam pembentukan tingkah laku anti sosial remaja.
8.5.2 JENIS-JENIS SALAH LAKU DEVIAN
Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu
- Inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah).
- Rritual (tindakan mengulang perbuatan)
- Undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan
- Menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).
8.5.3 ISU SEMASA (PONTENG SEKOLAH)
Secara umum kebarangkali antara punca dan masalah ini
ialah:-
- Pelajar bersikap malas untuk ke sekolah atau kelas tertentu.
- Pelajar tidak minat sudah untuk belajar.
- Pelajar mempunyai masalah peribadi sehinggakan malas untuk datang ke sekolah tau masuk kelas tertentu.
- Pelajar terpengaruh dengan pelbagai macam hiburan (khususnya di bandar) lalu malas ke sekolah.
- Pelajar terpengaruh dengan rakan sebaya yang sudah tidak bersekolah.
- Pelajar tiada matlamat dalam pembelajaran mereka lalu bersikap tidak mengambil berat terhadap pembelajaran.
- Masalah kemiskinan keluarga pelajar menyebebkan kekurangan serba serbi lalu malas ke sekolah kerana terpaksa kerja dan sebagainya.
8.5.4 CARA MENGATASI
UNTUK MENGATASI MASALAH INI BUKANLAH PERKARA MUDAH, IA
MEMERLUKAN KOMITMEN DAN DEDIKASI SEMUA PIHAK.
Antara cara penyelasaiannya ialah:
- Menguatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan hal ini di sekoolah.
- Memberikan tumpuan khusus golongan ini oleh pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru kelas.
- Pihak kaunseling perlu mengadakan satu program khas bagi memulihkan pelajar yang serikali ponteng.
- Mempelbagaikan kaedah mengajar agar pelajar minat ke sekolah.
- Mewujudkan pelbagai aktiviti Ko Kurikulum yang menarik minat pelajar ke sekolah.
- Mengwujudkan dan mengaktifkan lagi Program Pembimbing Rakan Sebaya dalam mengurangkan atau mengatasi masalah ini.
- Pihak sekolah dan PIBG senentiasa dari masa ke semasa secara berterusan berusaha berkerjasama untuk menyelasaikan masalah ini.
- Semua ibu bapa mestilah mengambil berat dan memberikan perhatian serta kerjasama kepada pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini.
- Seluruh masyarakat seharusnya memberikan kerjasama dalam mengatasi masalah ini khususnya dari segi mewujudkan satu budaya yang mementingkan ilmu serta menggalakkan pelajar rajin ke sekolah.
Comments
Post a Comment