8.2 TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU
NUR ADDIANY AKASHA BINTI JUNAIDI
D20191089004
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
8.2.1 DEFINISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Pengurusan tingkah laku boleh dimaksudkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Guru juga perlu menunjukkan tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatuf dari bebas gangguan.
8.2.2 TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU
1. PENGUKURAN PERSONAL
- Pengukuran ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pendekatan fizikal
- kaedah ini dilaksanakan dengan guru mendekati murid yang mempunyai masalah tingkah laku.
- kaedah ini adalah menggunakan mobiliti fizikal iaitu dengan berjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi, atau mengelilingi kelas sambil membuat pengawasan.
- Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik, marah, keewa, atau benci turut tergolong dalam teknik ini.
- Dapat mengurangkan ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar.
- Melalui teknik ini, iklim yang positif dan persekitaran yang terurus dapat diwujudkan
- Bagi mewujudkan suasana yang aman, antara kaedah yang boleh digunakan adalah dengan meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah, membuat sistem mengutip buku serta murid menerima bentuk peraturan yang digubal.
- Guru juga boleh memberitahu tentang perlakuan yang diterima atau tidak.
- Teknik ini adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan
- Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik tanpa merosakkan apa-apa.
- Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga dapat membantu dalam melaksanakan teknik pembetulan ini.
- Guru juga boleh menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan seperti ketuk-ketampi.
- Disamping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku bermasalah itu, guru boleh menukar tempat dan berjumpa selepas pengajaran.
- Melalui perjumpaan ini, guru boleh membimbing perlakuannya supaya menjadi lebih baik. Maka guru haruslah sentiasa memperjelaskan atau mengingatkan mereka berkaitan dengan tingkah laku.
8.2.3 PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKU
1. PRINSIP PENEGUHAN
- Peneguhan sangat penting untuk mengekalkan atau mengurangkan tingkah laku. Dalam membuat peneguhan, peneguh ( ganjaran ) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan.
- Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang.
- Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dijeniskan mengikut tujuan dan aspek yang hendak diiperhati iaitu emerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran akan tanggapan iaitu melapor apa yang dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tepai membuat hipotesis yang diperoleh selepas menemu bual individu yang berkenaan.
Comments
Post a Comment