8.4 PELAKSANAAN PERATURAN DAN DISIPLIN MURID
NUR ATIKAH BINTI HARON
D20191089121
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
8.4.1 DEFINISI PERATURAN DAN DISIPLIN MURID
Peraturan didefinisikan sebagai suatu tatacara yang
dilakukan oleh pihak tertentu untuk menertibkan dan menyelaraskan mengikut
keperluan sesuatu pihak tersebut. Peraturan ini juga berguna untuk perkembangan
mental dan psikologi bagi yang mengikutinya untuk membentuk keperibadian yang
baik. Manakala peraturan sekolah pula adalah peraturan yang ditetapkan oleh
pihak sekolah untuk mengawal disiplin dan tingkah laku dalam proses
pembelajaran di sekolah. Definisi disiplin yang ditakrif oleh Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 adalah kesanggupan
seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu
dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna
kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib,
kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku
yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat
menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan
kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta
sanggup berkhidmat kepada masyarakat.
8.4.2 PELAKSANAAN PERATURAN DAN DISIPLIN MURID
Perancangan dan pelaksanaan peraturan yang dilakukan perlu berasaskan
perinsip yang berikut
- amalan menghormati individu
- keadilan layanan yang sama rata
- perpaduan kaum dalam masyarakat
- pertimbangan minat dan keperluan pelajar
- kebebasan yang tertakluk kepada lingkungan peraturan
- perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan yang harmoni
- perinsip ini bagi memastikan peraturan yang dirancang dan dilaksanakan dapat dipatuhi oleh semua orang tanpa membebankan atau menindas suatu pihak.
8.4.3 MATLAMAT DAN OBJEKTIF DISIPLIN
Matlamat disiplin dilaksanakan untuk memelihara suasana di
sekolah supaya berada dalam keadaan yang harmoni dan selamat untuk melakukan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancer. Disiplin ini juga
dapat melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, beretika dan cemerlang dalam
bidang akademik mahupun kokurikulum. Penguatkuasaan peraturan di sekolah ini
untuk menapai objektif disiplin untuk meminimumkan kejadian salah laku pelajar di sekolah (seperti ponteng kelas, bergaduh, merokok, dsb.)
- meningkatkan kefahaman pelajar terhadap peraturan dan mentaatinya.
- memupuk disiplin kendiri dan budaya belajar yang sihat.
- meningkatkan interaksi yang sihat sesama pelajar, pelajar dengan guru, dan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar
- memupuk perasaan sedar dan menghargai kebersihan serta kekemasan diri.
- meningkatkan rasa bertanggungjawab dan prihatin terhadap kemajuan diri, keluarga dan sekolah.
8.4.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DISIPLIN MURID
Terdapat beberapa factor yang boleh mempengaruhi disiplin
murid seperti berikut:
- cara didikan yang diberikan di sekolah dan di rumah
- pengaruh daripada tingkah laku rakan sebaya
- suasana dan alam sekitar
- latar belakang ibu bapa dan keluarga
- organisasi sekolah
8.4.5 CIRI-CIRI DISIPLIN YANG BAlK
Seorang murid itu mempunyai disiplin yang baik yang
berdisiplin sentiasa mematuhi dan taat kepada ajaran agama, mengamalkan
nilai-nilai kebudayaan Malaysia, memahami dan menghayati Rukun Negara,serta
mematuhi peraturan sekolah dan undang-undang negara. Antara ciri penting
seorang murid yang berdisiplin adalah seperti berikut:
- taat akan suruhan agama
- memahami dan mematuhi peraturan-peraturan
- menepati waktu
- rajin dan berdaya usaha
- jujur dan ikhlas
- sentiasa bersedia berkhidmat dan bekerjasama
- berbudi bahasa, bersopan-santun dan berdiplomasi
- bersih, cekap, amanah
- menghormati orang lain
- kasih dan sayang kepada ibu bapa
- mencintai sekolah
- berfikiran luas dan berpandangan jauh
9.5.6 PERANAN GURU DALAM DISIPLIN MURID
Disiplin
pelajar ini bukan hanya tugas guru disiplin sahaja tetapi semua guru juga perlu
memainkan peranan untuk mengawal dan menjaga disiplin murid ini. Guru perlulah
memainkan peranan sebagai model insan yang menjadi teladan yang baik untuk
murid menjadikan contoh yang baik. Guru juga perlu selalu memerhati dan
mengenal pasti pelajar yang berkemungkinan yang menunjukkan sifat yang kurang
baik. Dengan mengenal pasti pelajar tersebut, guru juga boleh membantu dan
memberi dorongan kepada pelajar tersebut supaya menjadi lebih baik.
Comments
Post a Comment