8.0 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

PENGENALAN TOPIK 

Seorang guru perlu mempunyai sistem pengurusan tingkah laku yang dapat mengawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Guru juga perlu menunjukkan tingkah laku yang positif dan dapat menghentikan tingkah laku yang negatif dan bebas gangguan sewaktu di dalam kelas.

Menurut tokoh apa itu tingkah laku.

Garry Martin dan Joseph Pear (2003)
Tingkah laku merupakan aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-oto kelenjar dan aktiviti eletrik oleh setiap organ.
Carl Rogers (1999)
Menekankan bahawa seseorang individu bertingkahlaku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.
Al-Ghazali
Mengatakan bahawa tingkahlaku adalah menusia yang mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi

Definisi Pengurusan Tingkah Laku

 Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (2005)
 Pengurusan tingkah laku juga boleh dirumuskan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.

Comments