8.4 PELAKSANAAN PERATURAN DAN DISIPLIN MURID
NUR ATIKAH BINTI HARON D20191089121 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 8.4.1 DEFINISI PERATURAN DAN DISIPLIN MURID Peraturan didefinisikan sebagai suatu tatacara yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk menertibkan dan menyelaraskan mengikut keperluan sesuatu pihak tersebut. Peraturan ini juga berguna untuk perkembangan mental dan psikologi bagi yang mengikutinya untuk membentuk keperibadian yang baik. Manakala peraturan sekolah pula adalah peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk mengawal disiplin dan tingkah laku dalam proses pembelajaran di sekolah. Definisi disiplin yang ditakrif oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 adalah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan ...
Comments
Post a Comment